assalam...salam hujung minggu juga.
Q baru selesai lunch sekeluarga.Hari ni kami sefamili had nasi lemak dengan sambal tumis telur rebus.Teh laici ais betul2 menghilangkan dahaga masa musim-musim panas sekarang...alhamdulillah seadanya.Q penat lah pikir hari-hari menu lunch or dinner so lastly Q decide masak nasi lemak saja untuk today.Tak ada sambal belacan sebab tak "pair" dengan nasi lemak rasanya.Hari-hari makan sambal belacan tak bagus juga kot,nanti tangan seminggu bau belacan tak hilang,hehe.
Semalam Q dan anak-anak ke Kem Isirimba di Kemensah.Seronokkkk..........As in the beginning anak Q Syida kata dia tak suka outdoor thing but endup dia ajak lagi n would want to have overnite stay,huh,baru dia tahu dalamnya panahan warna hijau hutan rimba pada diri dia."back to nature..ala-ala "tarzan n jane world" ahahha..
Least Q shared dengan anak-anak bit tentang apa yang ada diluar sana besides kehidupan mereka sekarang.Seronok-seronok dibandar seronok juga berada dalam hutan..kena cuba baru tahu.Q rasa kalau orang macam Q ni yang suka menulis tentu tis place akan jadi the best port ever..
Tak dapat "bertapa" atas puncak Gunung Ledang tak apalah...hutan rimba ni pun ok juga..haha.
Nak jadi Puteri Gunung Ledang tak mungkin..sebab Sultan Melaka dah tak wujud lagi..
Nak jadi Tun Fatimah tak mungkin.....sebab Tun Perak dah tak wujud lagi..
Nak jadi Mumtaz Mahal tak mungkin...sebab Shah Jehan dah tak wujud lagi..
Jadilah Q seperti seadanya,sederhana,menerima,memberi,bersyukur kerana Q adalah Q bukan X bukan Y bukan Z......pasak jiwa sudah ada,Q kena usaha lebih dan muhasabah diri sendiri untuk tak mudah goyah andai "ribut" dan "gempa" datang menduga.
Semalam Q di Isirimba tak nampak pokok Asam Kelubi..memanglah sebab Asam kelubi duduknya ditempat berpaya..suka jeruk kelubi tapi tak pernah tengok pokoknya..tapi Q baru pertama kali nampak bunga pokok Halia..warnaya putih,ada 4 kelopak..baunya wangi..selalu guna halia masa didapur dan disini Q dah tahu bagaimana rupa bunganya pula...huhhhh..tu baru sikit Q discovered,banyak lagi kalau Q buang masa lebih kat sana..insyaallah,ada rezeki dan umur panjang hajat hati akan Q tunaikan.
Cerita pasal Asam Kelubi ni kan,Q pernah rasa buahnya yang fresh..yang dah dijeruk dah tentu semua maklum rasanya..tapi yang fresh ni buahnya masamnya tak seberapa tapi kelatnya tu yang tak larat kita mengunyah dan menelan..Berilah Q sebesen besar jeruk kelubi..sekejap saja Q habiskan.."hantu asam"!
Kenapa Asam Kelubi..?Kerana bagi Q hidup pun bagaikan merasa asam kelubi mentah,masam kelat dan asam kelubi yang masam masin manis selepas dijeruk...................(kecur air liur,nak cari jeruk kelubi lah..)

No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.