Get Flower Effect

Wednesday, 22 February 2012

assalam...sekarang jam 3:41 pagi.......terasa nak tulis blog sambil tu makan anggur hitam (seedless),biasanya manis sangat tapi kali ni bukan beli dari kedai yang sama so rasanya ada sedikit masam dan manis..tetap sedap!Buah anggur kalau dicelup dengan melting chocolate alangkah yum yum...hehe.

Q penat sangat dan tak boleh tidur.Baru balik dari Pagoh melawat satu-satunya bekas kakak ipar yang masih mahu menyambung tali silaturrahim walaupun Q dan adiknya sudah lama berpisah.Jauh tak jauh makan masa 1 jam lebih memandu,kurang kereta dilebuhraya tapi banyak kenderaan berat,lori dan bas selang seli memotong sesama sndiri....ngeri,dah la besar laju pula bukan main.Q pun tak berani nak speeding dengan kereta yang penuh dengan anak-anak Q.

Seronok sangat dapat bertemu dia sekeluarga.Makan dan berbual, masa Q nak beransur pulang lama dia peluk Q..menangis dia,sebak Q.Katanya, "jaga diri baik-baik,"..,pesannya pada anak-anak Q "jaga mak,kesiankan mak,lama mak kamu ni bersusah jaga kamu,ingatkan sengsara mak kamu dibuat ayah kamu.Selalu senangkan hati mak ye"...touching sungguh masa tu...

Sesiapa saja yang bergelar ibu, emak, mummy, ummi...yang punya seorang anak,2 orang,5 orang atau 10 skalipun takkan pernah mahu anak-anak mereka bersimpati kepadanya.Sekalipun beban emosi, seorang ibu akan cuba menaggungnya sendiri.Tugas sebagai ibu adalah untuk melunaskan tanggungjawab yang dipikul,suka atau tidak,susah atau payah ibu akan melaksanakannya sehingga berjaya..Q pun mahu begitu,mahu semua anak-anak Q happy dengan kehidupan yang Q cuba "cukupkan".Tak berlebih tak kurang..sederhana sudah memadai.



Buat kakak Rohaya Mohd sekeluarga,terimakasih kerana layanan mesra,you are the best ex sister in-law kak,susah payah anak saudara Q drive ke pekan nearby beli KFC dan dine ramai-ramai tadi,,,hahaha seronok betul.Harap kakak Rohaya dan keluarga murah rezeki dan dilindungi Allah...Amin..








No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.