Get Flower Effect

Sunday, 19 February 2012

Jus kedondong Asam Boi....

Assalamualaikum.......sekarang 10:46 malam,baru Q sudah makan Char Kuey Teow dan Jus kedondong asam boi..fav Q ni.


Dari Jumaat lalu Q sibuk turun naik pejabat peguam,dan lucky nya Q sebab dapat khidmat guaman dari seorang teman lama.Harap2 apa yang Q usahakan ni mendapat berkat dari Allah.DariNya lah Q memohon agar segala yang dirancang berjalan lancar dan dipermudahkan.


Bukannya Q ni "cemburu" atau "dengki" bila tahu bekas suami Q nak berkahwin tapi Q rasa dah sampai masanya Q tuntut hak Q dan anak-anak Q yang 5 orang ni sementelah bekas Q ni dah senang sekarang.Dulu Q tak nak mintak2 atau tekan dia sebab Q tahu kemampuan dia.


Tapi bila dengar dia nak kahwin dan majlisnya boleh tahan dan dia juga sudah membeli sebuah rumah rasanya dia dah mampu untuk memberi apa yang sepatutnya diberi lama dulu.


Insyaallah,dengan alasan-alasan,bukti-bukti yang kukuh dan "logik",pihak dia akan terpaksa menurut.


Q hanya mengharap apa yang terbaik untuk masa depan anak-anak Q.Hanya mereka harta Q dunia dan akhirat.Q ni dah lama sengsara dibuat orang,Q dah lama mengalah mengunci mulut menelan pahit maung membesarkan 5 orang anak sendirian.Q hanya mahu menuntut hak-hak sebagai seorang isteri yang dulunya teraniaya hanya disebabkan seorang ADIK MANIS.Cukuplah Q menunggu,dah sampai masanya kini.


nanti Q sambung lagi.....Q nak tengok anak bujang Q yang belum lagi siapkan kerja sekolahnya..hehe...


gudnite peeps........


p/s:cubalah jus kedondong asam boi...enak tau..







No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.