Assalam..salam sejahtera too for those blogger and juga sedang membaca blog Q.
Q peminat Olivia Newton John and tis "physical" song Q selitkan di post blog Q today.Tis morning Q lambat bangun pagi jadi Q missed morning jog Q,rasa rugi sebab kalau Q tak buat Q rasa tak selesa sepanjang hari.Seronok keluar peluh,badan rasa ringan dan minda Q pun "ringan" juga.
Ramai yang "buang peluh" ditepian tasik setiap hari dan Q perasan setiap kali jog mesti Q nampak people yang sama juga.Same couple..same group..same person male nor female..and same family yang hang out berpiknik disitu.Tapi Q muak lah tengok "lovebird" yang buat taman tasik ni tempat memadu kasih..bercium dikhalayak ramai bak tak ada rasa segan silu..Yelah,ada juga anak-anak kecil disitu sama dapat menyaksikan adegan panas couple-couple ni..Ada adegan sigadis duduk diatas riba kekasihnya mengusap-ngusap rambut sambil mencium leher pasangannya...ishh..kalau nak cerita pun Q segan..
Taman tasik ini rupanya dah jadi tempat "buang peluh" aktiviti lain, aduhai...pihak yang berwajib nampaknya tak berapa ambil peduli Q rasa.Anak-anak muda pun naik lemak..mereka ni rasa kebal ada untuk mencabar sesiapa yang tak setuju dan jelik dengan aksi-aksi panas mereka.Q panjatkan doa kepada Allah supaya anak-anak gadis Q terhindar dari pengaruh yang "disgusting" ni..Amin...
Q berkenalan dengan ramai kawan ditaman tasik ni semasa jog.....and Q ada seorang kawan ni yang sedang berusaha nak turunkan berat badannya.Q tengok dia bersungguh-sungguh sangat dan Q nasihatkan dia supaya "slow down",dia gelak sambil bagitau Q sesuatu yang buat Q senyum simpul..
"Q..kalau I slow down nanti hubby I kena sapu orang..."serius muka dia jawab Q balik..
"Q tak faham la kak..siapa yang nak sapu hubby akak?"Q tanya balik sebab Q pun serius tak faham.
"Hubby akak ada affair dengan one lady ni,shes cantik not like me yang gemuk ni..Akak nak kurus so hubby tak pandang perempuan lain lagi.."Lagi serius bunyi suara kakak ni bila mula buka cerita....
Pada Q kasih dan sayang suami isteri yang berpanjangan kekal totalnya bukan terletak pada rupa fizikal pasangan masing-masing.Q kasihankan kakak ni sebab hanya ingin memenangi hati suami dia kini berusaha mengubah rupa fizikalnya dan Q tahu selepas ini bukan hanya fizikal yang berubah,mentalitinya juga ikut sama.Manusia akan terpaksa berubah inside and too outside mengikut "trend" kehidupannya.
Kasihan kepada ladies yang terpaksa "mengubah" diri semata-mata kerana cintanya terhadap suami..kasihan kepada ladies yang terpaksa "mencipta" trend diri yang baru semata-mata ingin mengalihkan kembali cinta suami yang semakin pudar..sungguh kasihan.Namun begitu Q salute kakak ni sebab sanggup berkorban masa memenatkan diri sedangkan suaminya diluar sudah perlahan-lahan menjinakkan diri dengan "masam" dan "manis" cinta perempuan lain.
Q berdoa supaya kakak ini berjaya dalam misinya...
Q berdoa supaya kakak ini akan kekal bersama kesayangannya..
Q berdoa agar ladies-ladies diluar sana yang sedang mengubah diri untuk kebahagiaan rumahtangga berjaya..insyaallah..Allah akan mengizinkan andai Dia merasakan segalanya baik untuk ciptaanNya.
Jom..kita buang peluh...................hehehe

No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.