Assalam...salam monday too....sleepy semalaman tak tidur tapi tak senang duduk kalau tak blog harini..
Ikan dilaut asam didarat,dalam periuk bertemu juga.......kalau diberi pada orang Negeri Sembilan dah tentu jadi hidangan masak lemak ciliapi..pedas lemak cukup dengan asam garamnya.Bijak orang dulu-dulu buat perumpamaan,tapi sajalah Q susahkan kepala pikir kenapa tak kata "ikan sungai or ikan kolam ke ikan darat" instead of ikan laut.
Lain lubuk, lain ikan, lain rasa dan lain enaknya......seperti juga manusia,serupa.Asam pula untuk menambah rasa dan mengurangkan pedas cili api dalam masakan.Q semasa kecil tinggal sekejap dengan nenda dikampung.Kecil-kecil dulu Q suka merayau satu kampung,bila selesai musim menuai padi Q dan kawan-kawan merayau kedallam sawah pula mencari telur burung puyuh.Berbakul-bakul telur burung puyuh Q bawa balik kerumah nenda dan nenda akan bebelkan Q sebab dia kata leceh nak siapkan telur rebus burung puyuh masak sambal untuk Q.Memanglah,sebab telur burung puyuh kecil-kecil,boleh kebas punggung duduk lama mengupas kulitnya...hahaha.. walaupun nenda bebel tetap Q sayang nenda.
Q ingat lagi semasa kecil dulu Q suka duduk atas pokok..join kawan-kawan lelaki yang lain dan lepas tu nenda akan datang bawa sebatang kayu api dan halau Q turun dari pokok.Lintang pukang Q lari menghala kerumah dan nenda mengejar Q sambil marah....kawan-kawan kat atas pokok pulak ketawa terbahak-bahak...walaupun nenda malukan Q tetap Q sayang nenda.
Q ada ibu saudara yang pada masa tu masih remaja belasan usianya..bonda Raja Zaleha namanya.......garangnya sama macam nenda Q.Dialah yang mengasuh Q,mengajar Q mengaji dan yang menyiapkan Q kesekolah setiap pagi.Q panggil dia "induk"..setiap hari Q akan kacau induk by "induk..induk ..n induk..nak itu nak ini..."later bila induk bosan dia akan marah Q n cakap "induk induk induk..nape tak atuk atuk atuk..?"Q jawab.."atuk garang..induk baik..hahaha"....She loves me a lot macam anak sendiri n Q too sayangkan dia...(rasa rindu yang tebal pada induk now..should pay her a visit soon..).
Bisik nenda disuatu malam 20 tahun lalu,sebelum Q naik pelamin melayari bahtera rumahtangga.."jaga perut suami..itulah ubat paling mujarab supaya rumahtangga kekal bahagia hingga akhir hayat..........."Andai nenda hidup lagi Q pula nak bisik pada nenda.."nenda tipu....Q dah jaga tapi tak kekal pun..hahaha."
Ikan dilaut,asam didarat...
dalam periuk betemu juga...
Kasih sayang walaupun erat..
bila diduga bergolak juga...
Ikan dilaut asam didarat..
dalam periuk bertemu jua..
kalau sakit hati melarat-larat..
ubatnya hanya pada DIA..
Ikan dilaut asam didarat..
dalam periuk bertemu juga..
dendam lama masih menyarat..
jadi bebanan jiwa dan raga..
Ikan dilaut asam didarat..
dlam periuk bertemu jua..
Tak apalah ku terima segala yg tersurat..
semoga tak lama nanti hidup kembali ceria.........................insyaallah.
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.