Assalam....salam selamat malam,sambil santai Q blog lagi..............
Harini anak Q masak sambal terung lagi.......favourite family actually dan dipairkan dengan si ayam goreng kunyit (kampung style).Seronok makan ramai-ramai disulam dengan macam-macam hikayat yang tak pernah habis dari mulut anak-anak.Begitulah setiap hari...asal berkumpul anak beranak rumah jadi heboh sekejap.
Q alah kulit sejak sembuh dari "sakit" akibat disihir pada Ramadhan yang sudah.Dulu Q makan apa pun tak datangkan masaalah cuma sejak beberapa bulan ni Q dah tak boleh sebarang makan makanan yang "gatal" dan "bisa".Petang tadi Q teringin makan cucur udang so mencarilah cucur udang merata.Amboi,besarnya pulak udang yang digoreng sama,lupa Q pada "pantang" hasilnya Q gatal-gatal satu badan termasuklah muka.
Semuanya gara-gara "sihir" dari si polan....berbulan Q menderita akibat "sihir" perbuatan manusia lain.
Aidilfitri lepas Q tak beraya sebab sakit dan terpaksa berehat saja diatas katil.Anak-anak nampak pun tak seronok sebab ibunya sakit.Kemuncaknya tiba dimalam sebelum aidilfitri menjelang,berkat air tawar dari seorang Uztaz malam itu muka Q mengeluarkan nanah dari setiap liang roma dimuka,sakitnya tak boleh cerita,pedih dan perit,berdenyut-denyut seperti disimbah air panas.Anak Q yang sulung lah yang berjaga malam membantu membersihkan air bisa dan nanah yang tak henti2 keluar.Sejak itu muka mula sembuh sedikit demi sedikit dengan parut-parut kudis yang nyata.
Susah nak percaya kenapa Q mengalaminya..kerana Q tiada musuh.Q pula kurang berkawan dan yakin Q tak pernah sakitkan hati manusia yang Q kenal.Allah maha mengetahui kenapa Q diberi ujian itu dan hanya Dia maha mengetahui siapa yang bertanggungjawab melakukan penganiayaan keatas Q.Alhamdulillah Q bersyukur kerana bisa sembuh berkat bantuan Uztaz Mohamed,seorang guru tahfiz yang berasal dari Madinah.
Kata Uztaz Mohamed pada Q..."Alhamdulillah,dari Dia sakit ini datang,maka dengan izinNya sakit ini akan pergi..siapa pun yang berniat jahat pasti tidak akan terlepas.jangan difikirkan kenapa,halalkan dan maafkan orang itu.Kuatkan dan dekatkan diri kepada tuhan,setiap manusia tak sempurna,perlahan-lahanlah berubah dan membaiki diri kerana nur itu datangnya dari tuhan juga,berniat baiklah sentiasa terhadap diri sendiri dan manusia yang lain...insyaallah segala yang baik akan baik juga balasannya..".....Ada gambar Q semasa Q beransur sembuh..lama juga dikampung menyorok didalam rumah kerana kulit alah pada panas matahari....
Itu hanya sedikit musibah dari Allah untuk Q....Sekarang dah pulih seperti asal.Q berdoa selalu supaya Allah lindungi Q dan anak-anak dari anasir-anasir jahat manusia lain.Agaknya Q ni "kuat" maka Allah duga begitu.........
HANYA DIA YANG MAHA MENGETAHUI...

No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.